Sekilas Pandang

Blog ni saja ku ujudkan untuk aku memenuhi masa-masa terluang ku. Di sini aku muatkan dengan apa sahaja yang terlintas di fikiran ku. Segala bahan-bahan yg ku muatkan di sini ku kutip dari berbagai sumber samada dari alam fana ini atau pun dari alam yg baqa.

Mungkin ada di antara bahan-bahan yg termuat di sini tidak sesuai untuk sesetengah golongan. Jadi, aku minta maaf sekiranya itu terjadi. Dan sekali lagi aku peringatkan, tujuan utama ujudnya blog ini adalah untuk diriku sendiri. Dari itu, sesiapa yg merasakan blog ini tidak sesuai dgn selera rasa mereka, tak perlulah menjenguk di sini.

Akhir kata.. Renung-renung, tenung-tenung.. jangan jadi bingung udahlah...

Tuesday, December 22, 2009

PELIK TAK?

MACAM-MACAM AJE

Skandal Tiger Wood (salah satu aweknya)
Ini Satu Lagi Kes Aniya..
Dah Boroi Pun Nak Main Lagi..

KISAH BENAR (Menyentuh Kalbu)

To:
support@getpay2click.com
Salam sejahtera,

Kepada Pihak Admin / Chief Internet Security GetPay2Click Yg Budiman dan Bijaksana..
Saya terkejut bewak dan terkilan sekali menerima email yang menyatakan saya telah di ban oleh pihak tuan pada hari ini 17 Disember 2009
Selama dua bulan saya bersama syarikat tuan,banyak polisi dan klik yg saya dapat dinafikan oleh pihak tuan,
klik tidak masuk dlm database,syarikat menukar sistem pay per click ke click per impression dgn tergesa gesa,reset ip saya ke zero dgn pelbagai lagi alasan doremon syarikat pun saya masih boleh terima lagi,tapi bila tuan ban saya tanpa alasan dan tanpa bukti kukuh amatlah tidak boleh saya terima..
Tidakkah tuan merasa sedikit pun perasaan bersalah bila ban ahli yg tidak tahu menahu dan telah disabotaj?
adakah saya juga dianggap bersalah jika saya katakan link atau banner saya disabotaj oleh mereka yg tidak bertanggungjawab?? MANA KEADILAN SYARIKAT? ?
Tindakan ban ahli yg tak bersalah tanpa usul periksa adalah lebih tidak beretika dan tidak menggambarkan kekuatan dan keupayaan syarikat getpay2clik menangani krisis.Tindakan Ini sebenarnya bukan menjaga nama baik syarikat yg sponsored Getpay2click tapi ini lebih memburukkan lagi nama syarikat !Kalau saya bersalah saya takkan berani meminta pihak tuan memeriksa link2 saya seperti jawapan tuan pada 8hb Disember 2009 yg saya sertakan sekali dibawah ini...
Diharap pihak tuan dapat memikirkan kembali tindakan ban ahli yg innocent dan hensem seperti saya demi masa depan syarikat Getpay2click...
lagipun 4 org downline saya yg dah rgister tu akan buat bayaran bila2 masa dan 3 org lagi yg akan register petang ni tentu akan berfikir 14 kali jika saya bagitau masalah ini...

Yg benar

Innocent Cool

Jib Monggol

sila ke link sebenar..

Friday, December 18, 2009

GAMBAR2 MENARIK




MENANTU BAPAK

seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja..

suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim.

setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..

pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.

pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman.

"seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

SAPA YANG PEKAK EK?

Satu hari seorang lelaki menemui doktor menyatakan
kebimbangannya terhadap tahap pendengaran isterinya...
Dia bimbang isterinya akan jadi pekak..Jadi doktor tu pun suruh
dia pulang dan test pendengaran isterinya sekali lagi...

Jadi satu hari tu masa isterinya tengah masak, dia pun tegur
isterinya dari belakang...

"Sayang masak apa hari ni sayang?"

Isterinya diam tak menjawab... pas tu dia pegi dekat sikit kat
isteri dia dan dia tanya lagi sekali...

"Sayang masak apa hari ni?!" dengan nada suara yang agak kuat
sikit...Masih isterinya tak menjawab...

Lalu dia pun mula pergi berdiri betul2 belakang isteri dia dan
bertanya dengan nada suara yang kuat...

"SAYANG MASAK APA HARI NI?!!!!"....

Kemudian isteri dia pun berpaling lalu menjawab dengan nada
selamba....

"Abang ni...kan dah tiga kali saya cakap, hari ni saya masak
sambal tumis udang....."

Agak-agak sapa yg pekak ek?

EHEK EHEK...