Sekilas Pandang

Blog ni saja ku ujudkan untuk aku memenuhi masa-masa terluang ku. Di sini aku muatkan dengan apa sahaja yang terlintas di fikiran ku. Segala bahan-bahan yg ku muatkan di sini ku kutip dari berbagai sumber samada dari alam fana ini atau pun dari alam yg baqa.

Mungkin ada di antara bahan-bahan yg termuat di sini tidak sesuai untuk sesetengah golongan. Jadi, aku minta maaf sekiranya itu terjadi. Dan sekali lagi aku peringatkan, tujuan utama ujudnya blog ini adalah untuk diriku sendiri. Dari itu, sesiapa yg merasakan blog ini tidak sesuai dgn selera rasa mereka, tak perlulah menjenguk di sini.

Akhir kata.. Renung-renung, tenung-tenung.. jangan jadi bingung udahlah...

Friday, December 18, 2009

SAPA YANG PEKAK EK?

Satu hari seorang lelaki menemui doktor menyatakan
kebimbangannya terhadap tahap pendengaran isterinya...
Dia bimbang isterinya akan jadi pekak..Jadi doktor tu pun suruh
dia pulang dan test pendengaran isterinya sekali lagi...

Jadi satu hari tu masa isterinya tengah masak, dia pun tegur
isterinya dari belakang...

"Sayang masak apa hari ni sayang?"

Isterinya diam tak menjawab... pas tu dia pegi dekat sikit kat
isteri dia dan dia tanya lagi sekali...

"Sayang masak apa hari ni?!" dengan nada suara yang agak kuat
sikit...Masih isterinya tak menjawab...

Lalu dia pun mula pergi berdiri betul2 belakang isteri dia dan
bertanya dengan nada suara yang kuat...

"SAYANG MASAK APA HARI NI?!!!!"....

Kemudian isteri dia pun berpaling lalu menjawab dengan nada
selamba....

"Abang ni...kan dah tiga kali saya cakap, hari ni saya masak
sambal tumis udang....."

Agak-agak sapa yg pekak ek?

No comments:

Post a Comment